MEI 2023

Perdana Menteri Tiba Di Sarawak, Rasmi Seminar Anatarabangsa Imam As-Syafi'i


KUCHING: Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan isteri Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selamat tiba di Kuching kira-kira pada jam 10.30 pagi Khamis untuk lawatan singkat sehari ke Sarawak hari ini. 

Ketibaan beliau disambut oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, Timbalan-Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Dato Sri Prof Dr Sim Kui Hian serta Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Sejurus selepas itu, Perdana Menteri bertolak ke Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) bagi menyempurnakan perasmian Seminar Antarabangsa Imam As-Syafi’i 2023 manakala isteri beliau Dato’ Seri Wan Azizah mengadakan lawatan ke Juma’ani Pavillion, Kuching yang terletak di Petra Jaya.

Selesai majlis perasmian, Dato’ Seri Anwar bersama Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg mengunjungi ruang pameran oleh pelbagai agensi-agensi agama yang terdapat di Sarawak. 

Hadir sama ialah, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datuk Misnu Taha, Mufti Sarawak Datu Kipli Yassin dan jemputan kenamaan yang lain.

Sumber dari : Sarawakku